PT3 Geografi 2014 : Borang Soal Selidik
Okay, demam PT3 Geografi kini melanda seluruh Malaysia. Almaklumlah, tempoh masa untuk menyiapkan tugasan kajian kes adalah dari 1 hingga 18 Julai ! Sangat2 singkat ! Dan cikgu2 pula perlu siapkan pemberian markah sebelum 14 Ogos 2014 ! Fuh ! Tak meriah la raya CN tahun ni duk sibuk menanda keje budak.. Its oklah, di sini CN ingin berkongsi dengan anda CONTOH BORANG SOAL SELIDIK untuk Kajian Kes Pencemaran Udara.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK PANGLIMA GARANG
BORANG SOAL SELIDIK
ALAMAT :
ARAHAN : Sila tandakan ( / ) pada jawapan yang sesuai.
1. Pada pendapat anda, apakah punca berlakunya pencemaran udara di kawasan tempat tinggal anda?
Pembakaran terbuka
Pelepasan asap kilang
Asap kenderaan bermotor
Pembinaan bangunan
Penggunaan baja kimia
Pembuangan sisa toksik
Perniagaan
Penternakan
2. Apakah kesan pencemaran udara di kawasan tempat tinggal anda?
Udara tercemar
Suhu meningkat
Bau busuk
Jerebu
Hujan asid
Hidupan akuatik terancam
Gangguan kesihatan
Air tercemar
3. Apakah langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran udara di tempat tinggal anda?
Kempen kesedaran
Penguatkuasaan undang-undang
Kitar semula
Pendidikan alam sekitar
Rawatan air kumbahan
Menggunakan petrol tanpa plumbum
Insinerator/tapak pelupusan sampah
Penggunaan catalytic converter
p/s : Sepatutnya ada kotak untuk setiap jawapan. Tapi ni kes copy dari word masuk ke blog. So pelajar2 bolehlah masukkan sendiri kotak di sebelah setiap pilihan jawapan yer.
No comments:
Post a Comment